NGO kami (PERUIM) dan koperasi kami (Kosatim) menawarkan penginapan inap baget yang selesa dengan pilihan bilik single untuk tetamu solo dan bilik twin untuk dua orang, sesuai bagi pelancong atau pekerja yang inginkan keselesaan pada harga berpatutan. Setiap bilik dilengkapi penyaman udara (aircond), katil berkualiti dan kelengkapan lain. Kemudahan asas lain seperti televisyen dan Wi-Fi percuma (dalam proses penyediaan). Ruang rehat santai juga disediakan.

Penginapan ini turut menyediakan kemudahan homestay lengkap termasuk dapur kecil, peti sejuk, tempat basuhan dan jemuran serta tempat letak kereta terbuka. Ia menjadikannya pilihan ideal untuk penginapan jangka pendek atau panjang. Bilik direka khas sesuai untuk pelajar siswa luar kampus.

Inap Baget

Bilik Twin - 1 bilik. Sehari RM60 - ahli RM30 (Promosi, diskaun 50%)

Bilik Sigle - 2 Bilik. Sehari RM50 - Ahli RM25 (Promosi, diskaun 50%)

Ruang Mesyuarat - muat 20 peserta. Sewa sehari RM80

Ruang Pentry - Guna sama

πŸ•“ Waktu Perkhidmatan Inap Baget

Daftar Masuk (Check-in):
⏰ 2.00 petang – 3.00 petang
(Tetamu boleh mula masuk selepas waktu ini. Kunci bilik akan diserah melalui peti surat berkunci. Kod kunci akan dimaklumkan melalui wasap )

Daftar Keluar (Check-out):
⏰ 12.00 tengah hari
(Late check-out boleh diminta dengan caj tambahan.)

Waktu Pembersihan / Housekeeping:
🧹 10.00 pagi – 3.00 petang

Bayaran sewa kepada:
Bemust Pro Enterprise, Akaun Maybank No: 5622 6365 2172 (Sertakan resit bayaran melalui wasap)

Lokasi Inap Baget:

Alamat: No 402D, Tingkat 4, Jalan Tenaga 20, Taman Tenaga, 43000 Kajang, Selangor.

(Atas Kedai Mini Salam 1 Alam)

Lokasi berhampiran dengan Teminal Bas Kajang, hanya sekitar 7 minit ke lokasi dengan berjalan kaki. Teminal bas ini menjadi destinasi perjalanan dari semua negeri dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak serta Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

Anda hanya perlu turun bus, berjalan kaki dan terus ke penginapan persatuan / koperasi kami. Tidak perlu bimbang bila masa bas anda sampai, senang sahaja terus ke tempat penginapan di Inap Baget.

water falls in the forest

Muafakat Membawa Berkat!