Visi

Menjadi koperasi keluarga yang berdaya maju, berintegriti, dan berdaya saing dalam meningkatkan kesejahteraan ahli melalui perkhidmatan ekonomi, kebajikan, dan pembangunan komuniti.

Misi

  1. Menyediakan peluang perniagaan, perkhidmatan dan kemudahan untuk manfaat ahli.

  2. Menguruskan sumber koperasi secara telus, profesional dan beramanah.

  3. Meningkatkan kebajikan, pendidikan dan taraf hidup ahli serta komuniti sekitar.

  4. Menggalakkan semangat kerjasama, kekeluargaan, dan muafakat dalam kalangan ahli.

  5. Menyokong pembangunan ekonomi ummah melalui keusahawanan dan pemasaran produk.

Objektif

  1. Menggalakkan ahli menabung, melabur dan menyertai aktiviti koperasi.

  2. Menyediakan perkhidmatan inap bajet, sewaan bilik mesyuarat dan kemudahan lain kepada ahli dengan kadar berpatutan.

  3. Menjadi pusat pemasaran produk ahli sama ada fizikal mahupun digital.

  4. Menjalankan aktiviti kebajikan serta bantuan untuk ahli yang memerlukan.

  5. Mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada ahli.

  6. Membina jaringan kerjasama dengan koperasi lain dan agensi berkaitan bagi memperkukuh ekonomi bersama.

Aktiviti:

Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti-aktiviti berikut seperti terdapat dalam UUK:

(a) menyedia perkhidmatan pelancongan dalam dan luar negara melalui kerjasama dengan agen pelancongan berdaftar

(b) memasarkan produk anggota dalam industri asas tani melalui jualan borong, runcit serta online

(c) menyedia perkhidmatan katering, sewaan khemah, penganjuran acara majlis serta penyewaan peralatan yang berkaitan.

(d) perkhidmatan dobi dan pusat cucian layan diri dan khidmat sokongan berkaitan dengannya

(e) perkhidmatan cucian kereta dan survis asas kenderaan serta khidmat sokongan berkaitannya

(f) mengadakan kemudahan untuk membolehkan anggota menyimpan sebahagian dari pendapatan dan memberikan pinjaman kepada mereka bagi maksud melaksanakan perniagaan dan perkhidmatan yang berfaedah dan mendatangkan keuntungan menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan seperti peruncitan, pemborongan, pembekalan, perladangan, penternakan dan jualan terus;

(g) menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan seperti peruncitan, pemborongan, pembekalan, perladangan, penternakan dan jualan terus;

(h) membeli, menjual, memindahkan hakmilik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;

(i) melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;

(j) mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;

(k) menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi koperasi lain; dan

(l) mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung anggota

water falls in the forest

Muafakat Membawa Berkat!