π Maklumat Umum KOSATIM
1. Latar Belakang
Koperasi Keluarga Satim Bangi Berhad (KOSATIM) ditubuhkan pada tahun 2020 di Bandar Baru Bangi, Selangor. Penubuhan ini adalah hasil usaha keluarga besar Satim yang ingin mengukuhkan ekonomi komuniti melalui model koperasi pengguna.
Tujuan utama KOSATIM adalah:
Memperkasakan ekonomi ahli melalui aktiviti keusahawanan dan perkhidmatan.
Menjadi platform komuniti untuk menggalakkan budaya menabung, pelaburan bersama dan perkongsian sumber.
Menyediakan produk dan perkhidmatan yang bermanfaat kepada ahli serta masyarakat.
2. UUK (Undang-Undang Kecil)
Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi meliputi:
Keanggotaan β Terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas daripada salsilah keluarga Satim, warganegara Malaysia, serta bersetuju mematuhi perlembagaan dan UUK koperasi.
Modal & Yuran β Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran serta syer minimum (RM200).
Mesyuarat Agung β Badan tertinggi koperasi yang meluluskan dasar, laporan kewangan dan pemilihan Ahli Lembaga Koperasi (ALK).
ALK (Ahli Lembaga Koperasi) β Mengurus perjalanan koperasi mengikut peraturan SKM dan keputusan mesyuarat agung.
Audit & Kawalan β Akaun koperasi diaudit setiap tahun untuk memastikan ketelusan.
3. Maklumat Keahlian
Syarat Keahlian:
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Berminat untuk bersama-sama membangunkan koperasi.
Membayar yuran pendaftaran sekali sahaja serta membeli syer minimum.
Hak Ahli:
Menghadiri dan mengundi dalam mesyuarat agung.
Memilih dan dipilih sebagai Ahli Lembaga Koperasi.
Mendapat pulangan dividen tahunan (jika ada keuntungan).
Menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan koperasi.
Tanggungjawab Ahli:
Membayar syer dan yuran tepat pada masanya.
Mematuhi undang-undang kecil dan peraturan koperasi.
Menyokong aktiviti serta memajukan koperasi bersama-sama.
4. Struktur Organisasi
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) - ALK ditentukan dalam Mesyuarat Agung Tahunan
Ahli Lembaga Koperasi (ALK) β terdiri daripada 9 orang iaitu:
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Lima orang Ahli Jawatankuasa
Seorang Juruaudit Dalam
Jawatan Kuasa Kecil / Unit Perkhidmatan
Unit Keanggotaan & Kebajikan
Unit Kewangan & Pelaburan
Unit Perkhidmatan & Kemudahan
Unit Perniagaan, Pemasaran & Kedai
Unit Pendidikan, Latihan & Pembangunan
Ahli Koperasi - Ahli berdaftar dan mencukupkan saham minima
5. Bidang & Aktiviti Koperasi
Perkhidmatan Penginapan β inap bajet untuk ahli dan orang awam.
Sewaan Ruang Mesyuarat β bilik mesyuarat & seminar.
Perniagaan Kedai Koperasi β menjual produk makanan, kraftangan, dan produk digital ahli.
Pemasaran Digital β platform e-dagang & promosi produk ahli.
Kebajikan & Komuniti β tabung kebajikan, program CSR, aktiviti sosial dan pendidikan.
